HO CHI MINH, 8 Julai — Seramai 62 sukarelawan siswa dari pelbagai institusi pendidikan tinggi Malaysia kini berada di Vietnam untuk menyertai program ‘Green Summer Volunteer Campaign’ (Mua He Xanh) 2019 yang dilancarkan semalam. Kelihatan Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Tan Sri Lee Lam Thye (belakang, tengah) bergambar bersama-sama peserta Malaysia pada majlis perasmian tersebut. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMANASIONAL

62 siswa sertai program sukarelawan di Vietnam

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Seramai 62 sukarelawan siswa dari pelbagai institusi pendidikan tinggi Malaysia bersama 5,000 sukarelawan siswa daripada Ho Chi Minh City menyertai program Kempen Sukarelawan Musim Panas Hijau (Mua He Xanh) 2019 yang dilancarkan di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam semalam.

Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, peserta Malaysia yang juga anggota YSS daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kepakaran akan menyumbang tenaga serta kemahiran mereka untuk menjayakan projek juga aktiviti yang dirangka untuk membantu penduduk tempatan.

Program itu turut disertai 50,000 sukarelawan lain serta penduduk kampung dan akan berlangsung selama sebulan, katanya dalam kenyataan.

Lam Thye yang turut berada di Bandar Ho Chi Minh berkata, peserta YSS akan melaksanakan khidmat masyarakat di empat kampung dalam 24 daerah terpilih iaitu Tan Kien Commune (daerah Binh Chanh), Thai My Commune (daerah Cu Chi), Hiep Phuoc Commune (daerah Nha Be) dan Tan Thoi Hiep Ward (daerah 12).

“Selain memerah keringat untuk membantu mereka yang memerlukan, mereka juga boleh menghayati dan mendalami budaya dan cara hidup masyarakat setempat,” katanya

Turut serta dalam misi tersebut termasuk Ahli Lembaga Pengarah YSS Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Ketua Pegawai Eksekutif YSS Muhammad Aiman Mohd Zain dan Konsul Pendidikan Malaysia ke Vietnam Chong Wai Kit.

-BERNAMA


Pengarang :