AGENDANASIONAL

Banjir: Sebuah sekolah di Beaufort ditutup hari ini

KOTA KINABALU, 23 JULAI: Sebuah sekolah di Beaufort ditutup hari ini akibat banjir ekoran hujan lebat semalam.

Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata, sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Lingkungan.

“Sekolah berkenaan tidak beroperasi hari ini ekoran kawasan sekolah berkenaan dinaiki air dan semua guru dan murid diarahkan pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mistirine berkata, sekolah berkenaan mempunyai 14 guru dan 111 murid.

-BERNAMA


Pengarang :