Selangorkini
NASIONAL

Bayi terkunci dalam kereta berjaya diselamatkan

 

KOTA SAMARAHAN, 2 Julai : Tindakan pantas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan telah menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang terperangkap dalam sebuah kereta di sini pagi ini.

Pihak bomba diketuai Komander Operasi PB Meor Azrulhafiz mengambil masa lima minit untuk membuka pintu kereta yang diletak di Tadika Insan Gemilang, Taman Palm Villa di sini.

“Bayi tersebut yang terkunci selama tujuh minit selamat dan telah diserahkan kepada kepada ibunya,” menurut satu kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak hari ini.

Dalam kejadian pada 8.25 pagi itu, ibu bayi berkenaan menghantar dua orang anak perempuan, masing-masing berusia tiga dan empat tahun, ke tadika tersebut tetapi terlupa bayinya tertinggal dalam kereta.

-BERNAMA


Pengarang :

Related posts

“Charade of Justice” Kupas Kepincangan Sistem Kehakiman Negara

admin

Pilihan yang ada adalah madu atau racun

Mohd Ezli Mashut

Mini Cub Prix KBS lahir bakat sukan permotoran

Mohd Naeem Mohamad Raffi