AGENDANASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tidak berubah

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Bursa Malaysia dibuka tidak berubah pagi ini ekoran peniaga menunggu petunjuk tempatan dan asing untuk kembali minat terhadap saham wajaran tinggi susulan pertikaian perdagangan AS-China yang belum selesai yang sebahagiannya menentukan hala tuju pasaran.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal tidak berubah daripada 1,647.96 semasa ditutup pada Jumaat.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 137 berbanding 106, manakala 192 kaunter tidak berubah, 1,501 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 203.69 juta unit bernilai RM113.12 juta.

Rundingan perdagangan AS-China ditetapkan untuk disambung semula pada minggu ini, dengan delegasi perdagangan dari Washington dijadualkan ke Beijing hari ini untuk rundingan dengan pegawai-pegawai China.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM8.76, Tenaga naik dua sen kepada RM13.64, manakala Petronas Chemicals menokok empat sen kepada RM7.64.

Bagaimanapun, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing susut dua sen kepada RM22.40 dan RM5.68.

Daripada saham yang diniagakan secara aktif, Ekovest naik 4.5 sen kepada 87 sen, KNM menambah setengah sen kepada 43.5 sen, manakala AirAsia meningkat 11 sen kepada RM2.06.

Indeks FBM Emas, Indeks FBM Emas Syariah dan FBM Ace, masing-masing tidak berubah pada 11,698.42, 12,060.49 dan 4,764.77.

Indeks FBMT 100 merosot 0.01 mata kepada 11,519.65 dan FBM 70 susut 0.02 mata kepada 14,687.86.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 28.67 mata kepada 6,749.96, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 7.36 mata kepada 16,310.59 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.34 mata kepada 156.13.

-BERNAMA


Pengarang :