EKONOMI

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 15 JUL : Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi hari ini dalam keadaan peningkatan harga yang berterusan sejak minggu sebelumnya, kata seorang peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.92 mata atau 0.17 peratus kepada 1,672.37 berbanding 1,669.45 pada paras penutup Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 0.95 mata lebih tinggi kepada 1,670.59 pada awal dagangan hari ini dan bergerak antara paras 1,664.38 dan 1,672.37 sepanjang hari dagangan.

Pergerakan keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 469 berbanding 374, manakala 406 kaunter tidak berubah, 600 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Penganalisis Maybank IB Research Nik Ihsan Raja Abdullah memberi tahu Bernama prestasi lemah pada sesi pagi dipengaruhi oleh saham perbankan berkaitan indeks, yang membentuk 30 peratus daripada komponen indeks.

Antara saham perbankan yang berada di bawah tekanan ialah Maybank, CIMB dan Hong Leong Financial Group, yang turun dua sen setiap satu masing-masing kepada RM8.90, RM5.18 dan RM18.76, manakala AMMB susut satu sen kepada RM4.30.

Belian minit-minit akhir membantu TNB ditutup tinggi naik 20 sen kepada RM13.88, Genting meningkat 10 sen kepada RM3.39, Maxis menokok lima sen kepada RM5.68 dan Dialog menambah enam sen kepada RM3.44.

Dalam kalangan saham rugi, Dutch Lady turun 40 sen kepada RM63.60, Panasonic susut 30 sen kepada RM40.20, KESM jatuh 21 sen kepada RM8.08, Sam Engineering dan Y&G berkurangan 18 sen masing-masing kepada RM8.10 dan 73 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 23.18 mata kepada 11,867.43 dan Indeks FBMT 100 naik 21.39 mata kepada 11,690.90.

Indeks FBM Emas Shariah naik 28.72 mata kepada 12,270.64, FBM Ace meningkat 45.51 mata kepada 4,695.64 manakala FBM 70 menokok 31.27 mata kepada 14,908.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 6.66 mata kepada 16,635.53, Indeks Perladangan susut 9.86 mata kepada 6,901.42 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.46 mata kepada 160.86.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.01 bilion unit bernilai RM1.65 bilion berbanding 2.93 bilion unit bernilai RM2.28 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun sedikit kepada 2.01 bilion saham bernilai RM1.46 bilion daripada 2.11 bilion saham bernilai RM2.08 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 454.26 juta unit bernilai RM96.26 juta daripada 405.07 juta unit bernilai RM88.7 juta pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 540.53 juta saham bernilai RM85.18 juta daripada 413.78 juta saham bernilai RM105.6 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 299.59 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (251.97 juta), pembinaan (137.79 juta), teknologi (222.76 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (25.69 juta), hartanah (103.95 juta), perladangan (9.95 juta), REITs (13.57 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (761.61 juta), penjagaan kesihatan (23.52 juta), telekomunikasi dan media (47.74 juta), pengangkutan dan logistik (27.85 juta) dan utiliti (91.28 juta).

-BERNAMA


Pengarang :