Selangorkini
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 12 JUL: Saham-saham di Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan pagi, dengan pelabur menjalankan urus niaga belian dan jualan pada amaun hampir sama.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.01 mata kepada 1,673.25 daripada 1,679.27 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks bergerak antara 1,672.19 dan 1,682.04 sepanjang sesi dagangan pagi.

Kedudukan pasaran bagaimanapun positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 358 berbanding 350, manakala 393 kaunter tidak berubah, 747 tidak diniagakan dan 19 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.7 bilion saham bernilai RM1.1 bilion.

Penganalisis Maybank IB Research Nik Ihsan Raja Abdullah berkata pemulihan berterusan dilakukan terhadap ekuiti global gagal menaikkan saham modal besar domestik, susulan tumpuan diberikan kepada saham modal kecil dan saham teknologi.

“Dari segi teknikal, kami jangka FBM KLCI akan berada pada jajaran 1,670 dan 1,700 hari ini dan paras sokongan akan menurun ke paras 1,670 dan 1,656,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.94, Tenaga, IHH Healthcare dan IOI Corporation masing-masing turun dua sen kepada RM13.70, RM5.79 dan RM4.25 manakala Public Bank dan Axiata masing-masing menokok dua sen kepada RM23.02 dan RM5. 20.

Bagi saham aktif, KNM susut satu sen kepada 34 sen, Excel Force MSC turun enam sen pada 61 sen, manakala Cuscapi dan Prestariang masing-masing naik tiga sen kepada 21.5 sen dan 51 sen.

Indeks FBM Emas merosot 21.84 mata kepada 11,871.05 dan Indeks FBMT 100 turun 22.44 mata kepada 11,696.96.

Indeks FBM Emas Shariah turun 10.15 mata pada 12,269.61, FBM Ace susut 19.57 mata kepada 4,647.48 manakala FBM 70 meningkat 50.78 mata kepada 14,916.08.

Mengikut sektor , Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 85.6 mata kepada 16,678.07 dan Indeks Perladangan turun 26.74 mata kepada 6,912.94.

Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian tidak berubah pada 161.44. – BERNAMA


Pengarang :