Selangorkini
Amirudin Shari menyantuni adik Naqib Izzudin Shafique Izzudin, 5 dalam Majlis Apresiasi Anak Istimewa Selangor (Bantuan Khas ANIS) berlangsung di SUK Selangor.
SELANGOR

Dalang, penyebar video seks ketinggalan zaman

ccsb-ads

SHAH ALAM, 19 JUL: Pihak mendalangi penyebaran video lucah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet disifatkan sebagai ketinggalan zaman.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap dalang dan penyebar video terbabit berdasarkan peruntukan undang-undang negara.

Katanya, tiada sesiapa juga boleh terlepas daripada dikenakan undang-undang kerana pelaku sudah menjatuhkan nama baik dan reputasi menteri berkenaan demi kepentingan diri sendiri.

“Segalanya sudah terlerai dan jangan sambung lagi cerita macam ini, sudah 20 tahun main cerita (video lucah) macam ni, orang dah tolak. Individu (dalang dan penyebar) yang melakukannya ketinggalan zaman.

“Siapa yang buat kesilapan perlu diambil tindakan, tetapi keadilan perlu diberikan kepada penyebar video lucah untuk bela diri jika dia percaya dia tidak melakukan kesalahan.

“Prinsipnya kita jangan berlaku kejam dan menganiaya orang. Move on (lupakan), banyak perkara mahu diselesaikan dalam negara yang perlu diperbetulkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Anak Istimewa Selangor (AnIS) 2019 di Foyer SUK di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador bahawa hasil siasatan polis mendedahkan wujud pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik.

Polis turut mendedahkan video lucah itu dihasilkan pihak diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Semalam, media melaporkan analisis pakar ke atas video lucah yang sebelum ini dikaitkan dengan seorang menteri tidak dapat mengaitkan pelaku dengan ahli politik berkenaan.

Abdul Hamid dilaporkan berkata, proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat CyberSecurity Malaysia adalah negatif, walaupun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi.

FOTO: ASRI SAPFIE (SELANGORKINI)


Pengarang :