SELANGOR

Hisham Hussin juara sulung Pertandingan Golf Korporat Tourism Selangor 2019

OLEH AFIX REDZUAN

BANGI, 13 JULAI: Wakil Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Hisham Hussin muncul sebagai juara sulung Pertandingan Golf Korporat Tourism Selangor 2019 yang berlangsung di Kelab Golf Danau, Bangi, hari ini.

Beliau menewaskan Geoff McLaws dari Persatuan Golf Antarabangsa (IAGTO) dengan kelebihan mata pada enam lubang terakhir (OCB) selepas kedua-dua peserta mencatatkan 37 mata dan 10 handicap.

Tempat ketiga dimenangi wakil Kowamas Holidays, Adnan Ahmad yang mencatatkan 37 mata dan 11 handicap.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Dato’ Rosli Othman.

Kesemua 10 pemenang terbaik membawa pulang piala tajaan Tourism Selangor dan baucar daripada Kelab Golf Danau.

Edisi pertama kejohanan iTU disertai 80 peserta terdiri daripada wakil agensi Kerajaan Negeri dan korporat.

Turut mengambil bahagian adalah Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Pertandingan golf 18 lubang anjuran Tourism Selangor adalah rentetan daripada penganjuran Terbuka Amatur Selangor Ke-46 yang berlangsung bermula 4 hingga 7 Julai, di sini.

Penganjuran iTU bertujuan untuk membuka peluang mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan golf.

 

 


Pengarang :