PBTSELANGOR

Jalan ditutup sempena iRUN Lebarun Shah Alam 2019

 

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 5 JUL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan sempena program ‘iRUN Lebarun Shah Alam 2019’ esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terlibat adalah Jalan Persiaran Sukan yang akan ditutup bermula jam 5 hingga 10 pagi.

“Kami menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“Kami juga memohon pengguna jalan raya memberi kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya menerusi kenyataan.


Pengarang :