EKONOMI

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 26 JUL: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM27.35 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.12 bilion dalam dana Islam.

Bank Pusat akan menerbitkan tiga tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM1 bilion bagi 14 hari dan 21 hari serta RM2 bilion bagi tujuh hari.

Ia juga akan menerbitkan dua tender Qard bernilai RM1.2 bilion bagi tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 21 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM24.6 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM8.4 bilion. – BERNAMA


Pengarang :