EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 12 JUL: Kadar jangka pendek antara bank kekal kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional turun kepada RM20.01 bilion daripada RM23.41 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam jatuh kepada RM9.70 bilion daripada RM16.72 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan satu tender Qard.

Pada 4 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM9.7 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar faedah purata semalaman berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing ditambat pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA


Pengarang :