EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal kukuh

KUALA LUMPUR, 3 JUL: Kadar antara bank jangka pendek kekal kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional turun kepada RM21.05 bilion daripada RM24.71 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM14.39 bilion daripada RM17.13 bilion.

Terdahulu hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan tiga tender Qard.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM21 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM13.6 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA


Pengarang :