EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Kadar jangka pendek antara bank hari ini kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM23.50 bilion daripada RM24.64 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam menyusut kepada RM6.75 bilion daripada RM14.80 bilion.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM20.6 bilion kepada RM23.0 bilion.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional dan empat tender Qard.

Pada 4 petang, ia mengendalikan tender pasaran wang konvensional bernilai RM23.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM6.70 bilion, masing-masing bagi wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus manakala kadar satu minggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing ditetapkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA


Pengarang :