EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 1 JUL: Kadar-kadar jangka pendek dijangkakan kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengurangkan lebihan tuani dalam sistem kewangan.

Lebihan tunai hari ini dijangkakan sebanyak RM21.59 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.93 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat melaksanakan satu tender pasaran wang konvensional RM1 bilion untuk tujuh hari serta satu tender Lelongan Matang Islam -Qard bernilai RM3.7 bilion untuk tujuh hingga 31 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM20.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM20.2 bilion. – BERNAMA


Pengarang :