EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Berikutan itu, mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM20.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM14.86 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion selama tujuh hari dan tender lelongan matang Islam Qard bernilai RM4.4 bilion selama tujuh hari sehingga 31 hari.

BNM juga akan melaksanakan tender repo berbalik RM500 juta selama 31 hari dan Bil Antara Bank Islam Bank Negara Malaysia (BNIBI) bernilai RM500 juta selama 91 hari.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender konvensional semalaman sehingga RM20.0 bilion dan tender semalaman Murabahah RM10.5 bilion. – BERNAMA


Pengarang :