Empat lelaki seleweng diesel bersubsidi didakwa di mahkamah semalam.
NASIONAL

Keldai dadah warga China terselamat hukuman gantung, penjara

 

PUTRAJAYA, 2 Julai : Seorang wanita warganegara China terselamat daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Persekutuan mengurangkan dakwaan terhadapnya daripada menyeludup 1,529.7 gram Methamphetamine kepada memiliki dadah itu.

Liang You Mei, 36, seorang pekerja kilang elektronik dari Guangxi, China sebaliknya dikenakan hukuman penjara 17 tahun bermula 16 Dis 2013 iaitu tarikh dia ditangkap.

Lima hakim Mahkamah Persekutuan bersidang yang dipimpin oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah membenarkan rayuan Liang agar tuduhan ke atasnya dikurangkan daripada mengedar kepada memiliki dadah tersebut.

Lain-lain hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang ialah Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Idrus Harun and Datuk Nallini Pathmanathan.

Liang, ibu kepada tiga orang anak, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2017 kerana cuba menyeludup masuk dadah itu di cawangan pemeriksaan penumpang 2, Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang pada 2.30 pagi 16 Dis 2013.

Dia gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Menurut fakta kes, bungkusan kelabu yang dibungkus dalam plastik yang mengandungi bahan kristal putih dijumpai dalam beg pakaian yang dibawa Liang ketika tiba dari Hong Kong.

Ketika rayuan, peguam Liang, Kitson Foong memohon tempoh penjara yang pendek kerana anak guamnya telah menyesal. Beliau memberitahu mahkamah bahawa Liang berada dalam penjara sejak enam tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Gan Chee Keong meminta mahkamah mengambil kira berat dadah ketika menjatuhkan hukuman terhadap Liang.

-BERNAMA


Pengarang :