JOHOR BAHRU, 20 Julai — Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (tiga, kanan) melihat fungsi robot ciptaan pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada program Penutup Pertandingan Tun Fatimah i Challenge di Sekolah Tun Fatimah (STF) hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
AGENDANASIONAL

Ketengah ilmu robotik di sekolah tahfiz-Dr Maszlee

JOHOR BAHRU, 20 JULAI: Kementerian Pendidikan menggalakkan pihak swasta untuk bersama-sama membantu mengetengahkan ilmu kemahiran robotik di sekolah tahfiz di negara ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, ilmu berkaitan robotik dilihat amat penting untuk dilengkapkan dalam kalangan murid sekolah berkenaan bagi mengelakkan mereka tidak ketinggalan selaras arus semasa.

“Kementerian Pendidikan sememangnya menggalakkkan aktiviti robotik kerana ini adalah persiapan kepada anak-anak kita di alam pekerjaan pada masa hadapan yang begitu bergantung kepada robotik, ilmu berkaitan Revolusi Industri 4.0.

“Jadi, kita mesti melengkapkan anak-anak kita segala ilmu yang menyediakan masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup pertandingan Tun Fatimah Innovation Challenge (Tun Fatimah i-Challenge) di Sekolah Tun Fatimah, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu melahirkan kegembiraan terhadap pertumbuhan sekolah tahfiz di negara ini.

Namun, pada masa sama, beliau bimbang murid di sekolah itu yang dilihat kurang didedahkan dengan kemahiran robotik untuk masa depan mereka.

Berhubung pertandingan Tun Fatimah i-Challenge yang mengetengahkan aktiviti pengaturcaraan dan pembangunan robotik, beliau percaya ia mampu melahirkan pelajar yang sangat teliti, mempunyai komitmen yang tinggi serta sabar dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

-BERNAMA


Pengarang :