Selangorkini
SELANGOR

KISS mula diagih 16 Julai ini

OLEH SHEEDA FATHIL

PUCHONG, 14 JULAI : Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan mula diagihkan pada 16 Julai ini, kata EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Katanya, seramai 11,000 penerima akan menerima inisiatif itu selepas proses kemas kini maklumat dilakukan selama sebulan bermula 15 Jun lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri mempunyai sistem kuota untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bergantung kepada jumlah pengundi di sesuatu kawasan, jumlah penerima KISS dan jumlah penerima Bantuan Sara Hidup.

“Selepas proses agihan pada 16 Julai ini, penerima KISS boleh mula menggunakan kad KISS itu dengan jumlah dan manfaat yang sama.

“Namun, saya memohon kepada penerima yang pernah menerima tetapi belum disenaraikan untuk tidak memusnahkan kad KISS mereka terlebih dahulu kerana ia boleh diaktifkan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Majlis Pelancaran Program Mega Cari dan Musnah Aedes Selangor peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2019, di Puchong Utama Court 2, di sini, hari ini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengumumkan KISS perlu dikemaskini sementara bagi memastikan bantuan terbabit diterima golongan yang benar-benar memerlukan.

Proses kemas kini itu dilakukan Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) dan akan mengambil masa selama sebulan.

Oleh sebab itu, dalam tempoh pengemaskinian, penggunaan kad KISS akan dibekukan sementara bagi membantu SELCARE mengemas kini maklumat dengan lebih tepat.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri membelanjakan RM107 juta bagi manfaat KISS sejak pelaksanaannya pada 2018 dan akan terus komited meneruskan inisiatif itu.


Pengarang :

Related posts

Sasar tanam sejuta pokok wujud karbon rendah

Mohd Ezli Mashut

25 Ahli Majlis MBSA mula tugas

Syed Husin dan Chandramohan dilantik Senator Dewan Negara

fairuz tahir