Selangorkini
HULU SELANGOR, 3 Julai -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo beramah mesra dengan para kakitangan Pos Malaysia pada Majlis Perasmian Pejabat Pos Batang Kali dan Majlis Mesra Aidilfitri di Pejabat Pos Batang Kali semalam. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL RENCANA PILIHAN

KKMM letak KPI syarikat telco selesai aduan pelanggan

BATANG KALI, 3 JULAI: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) meletakkan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada semua syarikat telco di negara ini berkaitan tindakan menyelesaikan aduan pelanggan.

Mengakui perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar dan pinggir bandar masih lemah, menterinya Gobind Singh Deo berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah aduan pengguna.

Katanya, usaha penambahbaikan perlu dilakukan termasuk mewujudkan satu sistem bagi menangani setiap aduan dan diselesaikan dalam masa ditetapkan.

“Apa yang penting adalah kita perlu menambah baik sistem bagi menangani setiap aduan dikemukakan. Ia bukan sekadar bekalkan perkhidmatan yang murah dan laju malah syarikat-syarikat telco ini perlu juga memastikan segala aduan diselesaikan dalam masa ditetapkan,” katanya.

“Perkara ini yang diberi penekanan dan kita dalam proses melihat bagaimana syarikat telco boleh memastikan bahawa semua aduan ini diatasi dalam masa singkat. Kita letakkan KPI,” katanya.

Gobind berkata demikian selepas merasmikan pejabat Pos Malaysia Batang Kali baharu dan Majlis Mesra Aidilfitri yang turut dihadiri Pengerusi Pos Malaysia Bhd Datuk Yasmin Mahmood di perkarangan Pejabat Pos itu di Bandar Baru Batang Kali di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas masalah penembusan jalur lebar di kawasan luar bandar yang disuarakan Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM).

Menurut sistem aduan kualiti liputan CFM, sebanyak 390 aduan pengguna yang tidak berpuas hati mengenai kualiti Internet di pinggir bandar telah diterima sehingga Mei tahun ini manakala sebanyak 387 aduan mengenai perkara sama dilaporkan sepanjang tahun lepas.

Dalam pada itu Gobind berkata, kementerian berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan Pos Malaysia Berhad selaku pemain industri pos, kurier, logistik serta e-dagang di negara ini.

Menurut beliau, Pos Malaysia mempunyai kira-kira 8,000 penghantar surat yang komited menghantar dokumen dan bungkusan membabitkan kira-kira tiga juta alamat setiap hari.

Kejayaan itu didokong keupayaan logistik darat, udara dan air demi keselesaan serta kemudahan rakyat.

-BERNAMA


Pengarang :

Related posts

Tun M: Kerajaan tak cekap tangani krisis Korea Utara

Tuan Ibrahim: Hapus PTPTN Negara Tidak Akan Muflis

Muhammad Asri Sapfie

Pulau Pinang tidak mungkin jadi milik BN

Afeeqa Afeera Abdul Rasol