SELANGOR

LZS agih wang saku, makanan buat pelajar asnaf

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 10 JULAI: Sebanyak 231 buah sekolah rendah dan menengah terpilih di Selangor mendapat bantuan melalui Rancangan Agihan Wang Saku (RAWS) 2019.

Inisiatif di bawah Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengurusan Pendidikan dan Divisyen Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu disediakan khusus untuk pelajar asnaf fakir serta miskin.

LZS dalam kenyataan memaklumkan, bantuan yang bermula sejak 4 Julai lalu itu hanya membabitkan sekolah Program Sekolah Angkat Zakat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor.

“Kita akan mengagihkan bantuan berbentuk wang saku dan makanan sebanyak RM3 bagi setiap pelajar berdasarkan kehadiran mereka ke sekolah.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan fakir dan miskin,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi di talian ‪012-3179264‬ (Ustaz Hasif) atau 019-4518873 (Ustaz Hj Abadi).


Pengarang :