BERITA UTAMASELANGOR

MB singgah pasar borong curi perhatian netizen

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 JULAI: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila memuat naik gambarnya yang singgah ke Pasar Borong di Seri Kembangan, semalam.

Amirudin melalui status di Facebook berkata, beliau ke pasar berkenaan untuk menemani isterinya, Masdiana Muhamad bagi membeli ikan dan daging.

“Saya turut beramah mesra dengan peniaga dan pembeli yang ada,” tulisnya.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial yang juga pengikutnya di Facebook sempat bertanyakan harga ikan, ayam dan daging.

Mohdhazwan Wahi menerusi ruang komen berkata, “hari Ahad bertemu rakyat, macam mana harga ikan, daging dan ayam mahal ke tidak?”

Abdul Kamal Abdul Karim pula mengucapkan tahniah kepada Amirudin yang mengambil berat dan mendengar rintihan rakyat.

“Bagus, sambil membeli keperluan dapur boleh ambil berat dan rintihan rakyat syukur MB (Menteri Besar) Selangor,” tulisnya.

Bagi pengguna yang dikenali sebagai Pull Bear pula berharap supaya MB memantau operasi membanteras warga asing di setiap pasar borong.

“Yang Berhormat (YB), saya kerap juga ke pasar borong Selangor, operasi yang dijalankan imigresen cukup kerap untuk banteras warga asing.

“Saya amat berterima kasih operasi itu diadakan dan berharap Pihak Berkuasa Tempatan teruskan operasi sebegitu untuk bantaras mereka,” tulisnya.

Posting Amirudin itu turut menarik perhatian Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

“Suami yang hebat adalah suami yang mengikut isterinya ke pasar,” tulis ADN berkenaan.

 


Pengarang :