Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

MB ucap selamat hari lahir kepada Tun M

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 JUL : Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari hari ini mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-94 kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Amirudin menerusi laman twitternya turut mendoakan semoga Tun Mahathir sentiasa sihat dan diberikan kekuatan untuk terus memimpin negara.

“Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke 94 kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri Tun @chedetofficial.

“Semoga terus diberi kekuatan, kesihatan dan kebijaksanaan untuk memimpin rakyat dan negara tercinta,” tulisnya.

Tun Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan beliau dikenali dengan gelaran “Tun M”.

Terdahulu, beliau pernah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat.

Kini, beliau sekali lagi memegang jawatan Perdana Menteri selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.


Pengarang :