KUALA LUMPUR, 21 Julai — Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (tiga, kanan) bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Mansor Sudin (dua, kanan) menyiram pokok yang ditanam sempena Program Penanaman Pokok Melaka di Jalan Melaka hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHAR
AGENDANASIONAL

MBMB sumbang 16 batang pokok Melaka kepada DBKL

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Hubungan akrab antara Kuala Lumpur dan Melaka dirai secara simbolik dengan sumbangan 16 batang pokok Melaka kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pokok Melaka itu akan ditanam di beberapa buah tempat di ibu negara selari kempen Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030 DBKL.

“Untuk program penanaman pokok pada hari ini, dua batang pokok itu akan ditanam di Jalan Melaka dengan baki 14 batang lagi akan ditanam di Taman Botani Perdana, Taman Metropolitan Batu, Taman Rimba Kerinchi dan Nurseri DBKL,” katanya pada majlis penanaman pokok itu di Jalan Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Tey Kok Kiew.

Sementara itu, Mansor berkata, pemangkin kepada kerjasama itu adalah persahabatan yang terjalin di antara MBMB dan DBKL sejak 30 tahun lalu.

Kerjasama antara kedua-dua majlis tempatan itu setakat ini menghasilkan pelbagai faedah positif, antaranya MBMB banyak mempelajari aspek tadbir urus, penguatkuasaan, kejuruteraan, pengurusan trafik serta teknologi hijau daripada DBKL, katanya.

-BERNAMA


Pengarang :