Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA tutup sebahagian jalan Dataran Kemerdekaan bermula esok

SHAH ALAM, 31 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian Jalan Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan) bagi melancarkan penganjuran program Karnival 3w (Wellness, Welfare, And Women) Peringkat MBSA, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, jalan itu akan ditutup bermula esok (1 Ogos), mulai 6 petang sehingga Isnin, 5 Ogos jam 5 petang.

Katanya, program itu akan bermula di Dataran Kemerdekaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Shah Alam.

“Pihak Majlis menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa.

“MBSA juga memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk ke destinasi yang hendak dituju,” katanya


Pengarang :