BERITA UTAMA

Operasi tiga LRA Sungai Selangor dihentikan

SHAH ALAM, 19 JUL: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan ketiga-tiga Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA SSP1, SSP2 dan SSP 3) terpaksa dihenti tugas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, beberapa kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat dijangka terkesan dengan gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

“Pihak kami akan mengemaskini maklumat terkini dan senarai kawasan yang terkesan. Usaha sedang diambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya dalam kenyataan

Pengguna diminta merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Pengarang :