SELANGOR

Pelajar UNISEL disaran jaga persekitaran universiti

SHAH ALAM, 17 JULAI: Semua pelajar Universiti Selangor (UNISEL) disaran untuk sentiasa mengambil tanggungjawab menjaga persekitaran universiti demi keselesaan bersama.

Justeru, Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, aktiviti gotong-royong harus dilaksanakan sekerap mungkin bagi mengekalkan kebersihan dan kehijauan kampus.

“Saya amat menggalakkan warga universiti bukan sahaja pelajar, malahan kesemua pihak untuk memainkan peranan bagi memastikan kebersihan persekitaran kampus.

“Selain itu, apabila kita menjaga kebersihan dan kemudahan fasiliti sekitar kampus, ia dapat dinikmati bersama secara berpanjangan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, UNISEL menganjurkan aktiviti gotong-royong sekitar kolej kediamannya yang turut disertai pelajar, pensyarah dan Dr Mohammad Redzuan.

Antara aktiviti dianjurkan adalah penanaman pokok dan pembersihan kawasan sekitar kolej kediaman.

 


Pengarang :