SELANGOR

Penjajaran Smart Selangor IPR bakal dilancar 30 Ogos

SHAH ALAM, 31 JUL : Penjajaran Smart Selangor Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bakal dilancarkan pada 30 Ogos ini, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, sebanyak lapan skim IPR terlibat dalam penjajaran itu antaranya Kasih Ibu Smart Selangor, Skim Peduli Sihat, Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma, Skim Mesra Usia Emas, Skim Kesihatan Wanita, Bantuan Sihat Selangor, Skim Rumah Selangorku.

“Kelapan-lapan data skim ini sudah dikumpulkan 100 peratus dan bulan Ogos nanti kita akan melancarkan serta jelaskan apakah Smart Selangor IPR ini kepada umum.

“Kerajaan Negeri meletakkan satu jaringan kepada syarikat Communication Corporation Sdn Bhd untuk menggabungkan semua pengkalan data Smart Selangor IPR ini ke dalam satu sistem.

“Oleh itu, selepas ini penyelenggara dan pengendali boleh menyemak dan menggalakkan rakyat untuk daftar ke dalam satu sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan yang menerangkan kepada DNS terhadap penjajaran program IPR dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan menggabungkan lagi 25 skim IPR sehingga 5 Mac 2020.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah menetapkan skim IPR yang mana perlu diteruskan, dijenamakan atau digugurkan.


Pengarang :