NASIONAL

Penoreh getah disyaki tetak dua warga emas direman

SEGAMAT 13 JUL : Seorang penoreh getah yang disyaki menyerang dan menetak dua orang warga emas sehingga mengakibatkan kematian mereka dalam kejadian di Buloh Kasap semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Salina Omar yang membenarkan suspek berusia 33 tahun itu direman sehingga 19 Julai ini bagi membantu siasatan.

Suspek yang memakai baju-T putih dan berseluar pendek merah tiba di Kompleks Mahkamah Segamat kira-kira pukul 9.30 pagi.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, dua orang lelaki warga emas masing-masing berumur 74 dan 60 tahun mati ditetak dengan parang di sebuah kedai makan dan gerai durian oleh seorang lelaki yang mengamuk serta membuat serangan secara rambang.

-BERNAMA


Pengarang :