SUKANKINI

Petronas Yamaha SRT yakin terus cipta keputusan terbaik di Jerman

KUALA LUMPUR, 3 JUL: Pelumba pasukan Petronas Yamaha Racing (SRT) Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli yakin memperoleh keputusan lebih baik di Grand Prix (GP) Jerman hujung minggu ini berbanding di Dutch TT, Ahad lepas.

Menurut kenyataan pasukan itu, Quartararo menyasarkan mencapai kedudukan podium untuk kali ketiga berturut-turut pada perlumbaan 30 pusingan di litar terpendek dalam kalender MotoGP, selepas melakukannya di Barcelona dan Assen.

Sementara rakan sepasukannya, Morbidelli berhasrat menampilkan prestasi cemerlang selepas kejayaan menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Pelumba berusia 25 tahun yang melakarkan kemenangan pada 2017 sekaligus menjulang kejuaraan dalam katagori Moto2 turut mahu mengulangi kejayaan terbaiknya di litar itu.

Ahad lepas, Quartararo menamatkan perlumbaan di tempat ketiga sementara Morbidelli di tempat kelima yang menyaksikan pasukan Petronas Yamaha SRT menggunakan minyak pelincir yang baharu khusus untuk jentera Yamaha YZR-M1. – BERNAMA


Pengarang :