NASIONAL

Polis buru lelaki cabul kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Seorang lelaki dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di dalam sebuah kedai serbaneka di pusat bandar Country Homes, Rawang pada Rabu lalu, diburu pihak polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata, pihaknya kini sedang mengesan lelaki itu susulan penularan video perbuatannya di media sosial yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit.

“Suspek yang belum dikenal pasti didapati merapati kanak-kanak itu sambil membuat perlakuan tidak senonoh sebelum melarikan diri.

“Aduan dibuat ibu bapa mangsa pada Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Samsor berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

-BERNAMA


Pengarang :