AGENDANASIONAL

Polis tahan 106,437 individu, rampas dadah RM264.78 juta

KUALA LUMPUR 30 JULAI: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan seramai 106,437 orang dan merampas lebih 5,000 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM264.78 juta dalam tempoh Januari hingga 25 Julai lalu.

Pengarah JSJN, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, 99,407 orang yang ditahan itu terdiri daripada rakyat tempatan, manakala 7,030 adalah rakyat asing.

“Dadah yang dirampas terdiri daripada dadah sintetik dan tradisional,” katanya di sini.

Beliau berkata, dadah sintetik yang dirampas ialah syabu seberat 4,325.9 kg; ketamin (176.51 kg); pil ekstasi (99.98 kg); erimin 5 (63.25 kg); dan pil yaba (48.88 kg).

Dadah tradisional pula terdiri daripada ganja (550.22 kg) dan heroin (467.9 kg), katanya.

-BERNAMA


Pengarang :