NASIONAL

Polis tahan 58 individu dalam Ops Tapis dan Ops Sarang

KOTA KINABALU, 7 JUL: Seramai 58 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis dan Ops Sarang, yang dijalankan sekitar Kota Kinabalu dan Inanam dari 29 Jun hingga 6 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 24 serbuan dijalankan dan berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 1,521.75 gram dianggarkan bernilai RM187,762.50.

“Kesemua yang ditahan itu berumur antara 17 hingga 62 tahun. Daripada jumlah itu, 46 adalah warga tempatan dan 12 lagi warga asing,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

“Polis akan menerukan usaha membenteras pengedaran dan penagihan dadah dan kerjasama daripada orang ramai amat dialukan-alukan dengan menyalurkan maklumat ke talian 088-529220, 088-529211, Whatsapp 019-2182729 dan laman Facebook polis daerah.

— BERNAMA

 


Pengarang :