KUALA LUMPUR, July 3 — (From left) Pos Malaysia Staffs Nazira Syazwani Shahbuddin, Aszlin Sharein Asri and Nuraina Chandrapriya Venugopa showing the First Ever Stamp Series Inspired by Marvel Super Heroes during its launch by Pos Malaysia at Kompleks Daya Bumi today. Pos Malaysia Berhad today unveiled its first ever Marvel Super Hero themed stamp series in collaboration with The Walt Disney Company Southeast Asia. The limited edition Marvel Super Hero Stamp series will feature heroes such as Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Spider Man, Doctor Strange, Black Widow and Black Panther. The complete Marvel Super Hero folder set comprises two sheets of perforated stamps, one imperforated stamp, two pieces of souvenir covers, two pieces of post cards and one folder that holds them. The price of the complete set is RM120 each. –fotoBERNAMA (2019) COPYRIGHTS RESERVED
NASIONAL

Pos Malaysia lancar siri setem Adiwira Marvel

KUALA LUMPUR, 3 JUL: Setem yang pertama kali bertemakan Adiwira Marvel oleh Pos Malaysia Berhad dijangka menarik minat pengumpul setem terutamanya di kalangan generasi muda di Malaysia.

Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Pos Malaysia, Schrene Goh berkata, generasi muda hari ini lebih suka berhubung melalui media sosial dan bukannya menulis surat dan mereka tidak melihat keperluan untuk membeli setem.

“Oleh itu, adalah harapan kami dengan pengenalan setem ini (setem siri Marvel) akan menarik generasi muda untuk mengumpul setem dan meremajakan minat mengumpul setem,” katanya pada majlis pelancaran setem itu di sini, hari ini.

Dengan kerjasama dengan Walt Disney Southeast Asia, siri setem yang menghargai Ulang Tahun ke-80 Marvel tahun ini menampilkan beberapa adiwira termasuk Captain America, Iron Man, Thor, Loki, Spider Man dan banyak lagi.

Koleksi ini boleh didapati dalam satu set folder lengkap yang terdiri daripada dua keping setem bertebuk, satu setem yang tidak ditebuk, dua keping penutup cenderamata, dua keping kad pos dan satu folder.

Siri setem Marvel hanya terhad kepada 10,000 set folder dan mula dijual pada 4 Julai 2019 dengan pra-pembelian di 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara atau melalui talian di www.eziemall.com untuk RM120 setiap set. – BERNAMA


Pengarang :