AGENDANASIONAL

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal pagi ini berikutan minat belian yang muncul semula terhadap unit tempatan itu.

Seorang peniaga berkata dolar AS kekal kukuh apabila para peniaga menumpukan perhatian mereka kepada kekuatan ekonomi AS, yang akan memberikan bayangan sebanyak mana penurunan kadar dibuat Rizab Persekutuan AS (Fed) semasa mesyuarat dasarnya lewat bulan ini.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1100/1140 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1125/1165 semalam.

Merujuk kepada Laporan Sektor Luaran Tabung Kewangan Antarabangsa, dolar AS menurut peniaga itu adalah terlebih nilai sebanyak enam peratus hingga 12 peratus berdasarkan kepada asas ekonomi jangka terdekat.

“Manakala euro, yen Jepun dan yuan China juga dilihat sejajar dengan asas,” katanya.

Sementara itu, ringgit dibuka rendah berbanding yen kepada 3.8158/8199 daripada 3.7991/7031 pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 5.1112/1166 daripada 35.1003/1057 dan turun berbanding euro kepada 4.6192/6241 daripada 4.6122/6183.

Bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0214/0248 daripada 3.0221/0255.

-BERNAMA


Pengarang :