Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
SELANGOR

SAOW di AEON Big Bukit Rimau Sabtu ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 3 JULAI: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel (SAOW) dikendalikan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya AEON Big Bukit Rimau, Seksyen 32, di sini, pada 6 Julai ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, waktu pengoperasian pejabat bergerak itu bermula dari 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan SAOW adalah medium untuk memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“SAOW akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan jualan kupon parkir,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berharap, perkhidmatan berkenaan akan dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terbabit untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :