SELANGOR

SAOW di Ole-Ole Shah Alam Sabtu ini

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 10 JULAI: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel (SAOW) dikendalikan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal beroperasi di perkarangan tempat letak kereta berhadapan Pasaraya Ole-Ole Seksyen 18, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan bermula dari 11 pagi hingga 5 petang itu bagi memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Antara kemudahan perkhidmatan adalah seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, pihaknya berharap, perkhidmatan berkenaan akan dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan terbabit untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :