Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

SAOW di Tesco Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 18 JULAI: Pejabat bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Tesco Setia Alam, Seksyen 13, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pejabat bergerak itu akan beroperasi bermula dari 11 pagi sehingga 5 petang.

“SAOW adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Malah, SAOW ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Shahrin berharap perkhidmatan itu dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan demi manfaat masyarakat.


Pengarang :