EXCOSELANGOR

Sasar kadar pengangguran turun 2.5 peratus

SHAH ALAM, 29 JULAI: Kerajaan Negeri menyasarkan jumlah pengangguran di Selangor menurun kepada 2.5 peratus, pada tahun ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, kadar peratusan pengangguran di negeri ini mencatatkan penurunan 0.4 peratus, sejak 2016 sehingga 2018.

“Berdasarkan statistik Jabatan Statistik Malaysia, kadar pengangguran di Selangor yang direkodkan adalah 3.2 peratus pada 2016, manakala 2.8 peratus pada 2017 dan 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin.

Katanya, Kerajaan Negeri turut meningkatkan pelbagai program pembangunan ekonomi belia seperti Karnival Kerjaya, Kursus atau Latihan dibawah Jawatankuasa Tetap Modal Insan, Pendidikan Kemahiran dan Vokasional, program di bawah agensi serta Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor.


Pengarang :