Selangorkini
SELANGOR

Selangor: Regional Powerhouse bincang tiga topik utama

 

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JUL: Forum ‘Selangor: Regional Powerhouse’ yang bakal diadakan pada 23 Julai ini akan memfokuskan tiga isu penting membabitkan hab aeroangkasa, teknologi masa depan dan negeri pintar.

Sebagai negeri yang paling maju di Malaysia, menyumbang kepada hampir satu perempat daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan membawa pelaburan RM191 juta dalam tempoh 10 tahun, menjadi hasrat negeri itu merealisasikan visi Malaysia menjadi negara maju.

Justeru, bagi mencapai hasrat itu untuk tahun 2025, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mewujudkan satu pelan kerjasama kerjasama dan penyebaran maklumat serantau.

“Terdapat tiga sesi yang akan dibincangkan oleh pembuat dasar dan pemain industri untuk membincangkan peluang pelaburan di Selangor dan bagaimana kerajaan serta industri kerajaan boleh bekerjasama untuk faedah bersama,” katanya dalam kenyataan kepada SelangorKini.

Antara perkara yang akan dibincangkan adalah ‘Smart Cities For Sustainable Living’ oleh pemimpin Kerajaan dan pemain industri memberi pandangan mengenai perspektif apa yang sudah dan akan dilakukan ke arah misi itu.

Selain itu, bagi slot ‘Aviation and Aerospace’ pula, pakar dalam bidang penerbangan akan berkongsi perspektif mereka tentang bagaimana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menetapkan infrastruktur dan ekosistem bagi syarikat aeroangkasa untuk berkembang maju di Selangor seperti Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor.

Manakala slot ketiga pula adalah ‘Future Technology’ akan membincangkan sektor awam dan swasta dapat menggalakkan pertumbuhan teknologi masa depan melalui integrasi pengalaman kolektif yang lancar, menjadikan Selangor pusat teknologi masa depan di Asean.

Forum yang akan diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bermula 8 pagi itu akan dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Selain itu, ia turut menampilkan Pengerusi Westports Holdings Bhd, Tan Sri Gnanalingam; Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Uros Ltd, Jerry Raatikainen.

 


Pengarang :