PBTSELANGOR

‘Smart Sink’ mudahkan pelanggan MPAJ

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

AMPANG, 11 JUL : Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melalui Jabatan Bangunan dan Senibina mewujudkan sebuah sinki mudah alih yang dijenamakan sebagai ‘Smart Sink’.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporatnya memaklumkan, produk inovasi itu dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan.

“Sinki mudah alih ini menggunakan elemen reka bentuk yang unik dan elegan di samping pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna.

“Sinki ini mudah digunakan dan diselenggara kerana bekalan air dan air tapisan tidak melimpah keluar selain menjaga kebersihan persekitaran,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, ‘Smart Sink’ turut menyediakan tempat mencuci tangan, bekas tisu, bekas sabun dan tong sampah hanya dalam sebuah sinki.

“Petunjuk paras air elektronik disediakan untuk menentukan kedudukan paras air semasa.

“Perkhidmatan ini sangat sesuai untuk digunakan semasa program luar seperti kendera saji (food truck), majlis perkahwinan, rumah orang-orang tua dan salun,” katanya.


Pengarang :