Processed with VSCO with preset
NASIONALPENDIDIKAN

SMK Convent Bukit Nanas juara TADC

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

KUALA LUMPUR, 7 JUL: Berkat doa dan usaha guru menghadirkan kejayaan buat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas apabila merangkul kejuaraan Pertandingan Debat Piala Tunku Abdullah (TDAC), bawah 18 tahun di St John International School, Kuala Lumpur, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan sekolah terbabit membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai bernilai RM15,000.

Guru Bahasa Inggerisnya, Nur Aliani Aisyah Mohd Zaini berkata, kejayaan itu datang daripada pelajar sendiri dengan hasil titik peluh mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

“Ini adalah kali pertama SMK Convent Bukit Nanas menyertai TADC selepas dua tahun cabaran ini berlangsung dan kami tidak menyangka bahawa akan memenanginya.

“Kita sentiasa memberi galakan dan menyediakan suasana pembelajaran serta pengajaran selesa kepada pelajar bagi mereka bertutur bahasa Inggeris selain memperkembangkan idea yang ada,” kata guru berusia 24 tahun itu ketika ditemui Media Selangor di sini, hari ini.

Processed with VSCO with preset

Senada dengannya, Siti Hajar Aisyah Roslin berkata, walaupun pelajarnya sudah biasa menyertai kejohanan debat, tetapi mereka mempunyai kurang keyakinan apabila berhadapan dengan pencabar yang hebat.

Katanya, pihak sekolah sering beri dorongan kepada mereka bagi menambahkan keyakinan dan tidak cemas apabila bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Kita selalu adakan drama dan sudut pidato di kantin ketika waktu rehat persekolahan di mana pelajar akan bertutur mengenai topik mereka sendiri bagi menaikkan keyakinan diri.

“Walaupun sering melakukan kesilapan tatabahasa tetapi kita tidak ketawakan mereka malah menerimanya secara positif dan cuba perbaiki bersama,” katanya.


Pengarang :