Selangorkini
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (kanan) berkenan bergambar bersama Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Universiti Cambridge Ha-Joon Chang selepas majlis perasmian buku hasil tulisan baginda ‘Striving for Inclusive Development from Pangkor to a Modern Malaysian State’ hari ini. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Sultan Nazrin lancar buku transformasi 150 tahun Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini melancarkan buku berjudul ‘Striving for Inclusive Development: From Pangkor to a Modern Malaysian State’.

Buku nukilan baginda setebal 500 helai itu memaparkan transformasi ekonomi dan sosial di Malaysia sejak 150 tahun.

Ia menjejaki evolusi Malaysia sekarang rentetan panjang perdagangan penjajah ketika Penglibatan Pangkor (Perjanjian Pangkor), pada 1874 kepada ekonomi yang luas dan beragam.

Buku itu dibahagikan kepada lima bahagian daripada 10 bab, merangkumi peristiwa dan transformasi serta orang yang melakukan perjalanan itu.

“Buku beta mencatat sejarah ekonomi negara sejak 150 tahun lalu yang menunjukkan ketekunan negara, perubahan institusi dan dalam jangka panjang ‘Berusaha untuk Pembangunan Inklusif’.

“Malaysia yang ada hari ini hasil sumbangan kolektif segenap lapisan masyarakatnya.

“Sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang, beta mengalami bagaimana negara kita berkembang. Sama seperti beta yang semakin meniti usia, begitu juga negara menjadi moden dan global.

“Beta melihat bagaimana nasib rakyat berbolak-balik ketika putaran ekonomi dan bagaimana rakyat beralih daripada gaya hidup desa berasaskan pertanian kepada gaya hidup di bandar yang makmur,” titah baginda semasa melancarkan buku itu di St Regis Kuala Lumpur di sini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sultan Nazrin bertitah, dalam merungkai sejarah baginda melakukan banyak penelitian dan pencarian menerusi penyelidikan, menghabiskan banyak masa meneliti bahan arkib yang berdebu dalam perpustakan yang samar serta cuba untuk menyusan data yang rumit.

“Beta berbincang dengan ramai ilmuan dan ahli sejarah ekonomi serta berunding dengan pakar dalam banyak bidang.

“Terdapat beratus visi dan banyak semakan. Beta menghabiskan banyak malam dengan bersengkang mata meneliti buku yang besar. Beta percaya beta menemui perspektif baharu mengenai sejarah Malaysia, ” titah baginda.

Buku itu turut menjelaskan negara masih menghadapi cabaran besar dan kompleks.

Dalam membangunkan analisis terhadap masa lalu, buku itu menyimpulkan penilaian berpandangan ke hadapan terhadap cabaran ini dalam menetapkan visi Sultan Nazrin Shah untuk masa hadapan yang inklusif dan mampan.

Sebelum ini baginda pernah menghasilkan buku bertajuk “Charting the Economy: Early 20th Century Malaya and Contemporary Malaysian,” yang diterbitkan pada Januari 2017.

-BERNAMA


Pengarang :