SELANGOR

Sultan Selangor berkenan ke Konsert Diraja Flourishes 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan Konsert Diraja Flourishes 2019 dan majlis makan malam amal anjuran Sekolah Seri Puteri (SSP), baru-baru ini.

Melalui kenyataan di Instagram Selangor Royal Official, baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja SSP.

Majlis makan malam amal itu bertujuan mengumpul dana bagi kumpulan pemuzik pelajar SSP, SP Winds untuk bertanding di Festival Muzik Antarabangsa Australia yang bakal berlangsung di Sydney Opera House bermula esok (4 Julai).

Pada majlis yang diadakan di Dewan Merdeka Putra World Trade Centre itu, Tengku Permaisuri turut berkenan menyaksikan penyerahan tajaan hampir RM150,000.


Pengarang :