KUALA LUMPUR, 26 Julai — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat wang syiling kenang-kenangan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (tiga, kanan) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, di Istana Negara hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Operasi Mata Wang BNM Azman Mat Ali (dua, kiri). –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMA

Syiling khas sempena pertabalan Agong

KUALA LUMPUR, 26 JUL : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima persembahan syiling khas daripada Bank Negara Malaysia.

Syiling khas yang dikeluarkan bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai itu dipersembahkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan syiling khas sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.
Ketiga-tiga syiling khas itu diukir dengan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada bahagian hadapan syiling dan di sebelah belakang diukir lambang jata negara.
BNM mengeluarkan tiga jenis wang syiling iaitu emas, perak dan emas nodik. Orang ramai boleh menempah syiling berkenaan melalui laman web rasmi BNM bermula pertengahan Ogos ini.
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut Pengarah Jabatan Operasi Mata Wang BNM Azman Mat Ali, sebanyak tiga jenis syiling khas iaiatu emas, perak dan emas nodik dipersembahkan kepada Seri Paduka.

“Ketiga-tiga syiling khas ini diukir dengan potret Yang di-Pertuan Agong pada bahagian hadapan syiling dan di sebelah belakang diukir lambang jata negara.

“Syiling ini diukir dengan teliti oleh pereka khas yang berkemahiran dan dikeluarkan oleh kilang wang BNM sendiri,“ katanya ketika ditemui Bernama dan RTM selepas persembahan syiling berkenaan.

Azman berkata hanya 300 keping syiling emas akan dikeluarkan, perak (1,500 keping) dan emas nodik (15,000 keping).

Tempahan syiling pula hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi BNM bermula pertengahan Ogos. -BERNAMA


Pengarang :