ISTANBUL, 27 Julai — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (empat, kanan) melihat kereta berkuasa tinggi keluaran Syarikat Onuk di akhir lawatan rasmi beliau ke Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen hari ini. Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada Rabu untuk memulakan lawatan empat hari dan berada di sini sejak Jumaat. Turut hadir Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Tun M: Malaysia-Turki rancang bina ‘super car’

ISTANBUL, 27 JUL: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau merancang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Turki dalam pembuatan ‘super car’​​​​​ ​bagi meningkatkan lagi keupayaan industri automotif negara.

Katanya, beliau telah lama melihat keupayaan yang ada pada syarikat dari Turki itu, namun hanya sekarang perkara itu boleh dilaksanakan.

“ Saya sedar kebolehan mereka. Tetapi tiada tindakan susulan waktu itu kerana semasa saya ada maklumat berkenaannya, saya bukan Perdana Menteri, jadi terganggu sikit nak kemajuannya.

“Dan sekarang, mereka sedia berkerjasama.., bukan sahaja kereta seperti itu (super car) bahkan kereta-kereta lain,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi beliau ke Turki, di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di sini, hari ini.

Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada 24 Januari lalu untuk lawatan empat hari, dan berada di sini sejak 26 Julai.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, pertemuan beliau dengan ahli perniagaan Turki di sini pada Jumaat juga menghasilkan peluang yang baik untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan hab peniagaan di Asia Tenggara dan negara-negara lain.

– BERNAMA


Pengarang :