SELANGOR

UNISEL kini miliki kompleks sukan baharu

BESTARI JAYA, 20 JULAI: Penuntut Universiti Selangor (UNISEL) terus menikmati kemakmuran pembangunan dengan tertubuhnya sebuah Kompleks Sukan di kampus Bestari Jaya, di sini.

Pembukaan kompleks sukan berkenaan disempurnakan Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Isnin lalu.

Mohammad Redzuan berkata, antara kemudahan tersedia adalah gimnasium, gelanggang badminton, gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang sepak takraw, padang rugbi, padang bola sepak dan trek larian.

“Setiap fasiliti sukan yang dinaik taraf diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh warga universiti ini.

“Tahniah kepada semua pihak atas sumbangan yang disalurkan dalam usaha untuk meningkatkan lagi imej kemudahan sukan di universiti ini,” katanya.


Pengarang :