Ilustrasi kebakaran. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Dua wanita mati dalam kebakaran

JOHOR BAHRU, 12 OGOS: Dua wanita maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Indah 8/15, Taman Bukit Indah, di sini, awal pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau berkata, kedua-dua wanita terbabit berumur lingkungan 20-an dan 70-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Inggai berkata, seorang lelaki berumur 40-an, seorang wanita 30-an serta seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun pula cedera dalam kejadian itu .

Beliau berkata, lelaki dan wanita itu diselamatkan pihak bomba lalu diserahkan kepada ambulans untuk rawatan selanjutnya dan kanak-kanak lelaki itu pula dihantar ke Hospital Columbia Asia di sini oleh orang awam manakala mayat kedua-dua wanita itu pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

“Bomba menerima panggilan kebakaran di kedai pembekal barangan pembinaan itu menerusi talian MERS 999 pada jam 4.34 pagi.

“Seramai 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Larkin dan Skudai bersama enam jentera bergegas ke tempat kejadian operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki dan wanita itu diselamatkan pihak bomba lalu diserahkan kepada ambulans untuk rawatan selanjutnya manakala kanak-kanak lelaki itu pula dihantar ke Hospital Columbia Asia, di sini oleh orang awam.

Katanya, punca dan anggaran kerugian kebakaran sedang disiasat.

-BERNAMA


Pengarang :