Peserta perbarisan bersama Amirudin Shari ketika Program Sambutan Hari Kemerdekaan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 31 Ogos 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

2,000 penduduk Sungai Tua meriahkan Hari Kemerdekaan

BATU CAVES, 31 OGOS: Lebih 2,000 penduduk pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India berhimpun bagi menghangatkan program sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, hari ini.

Orang ramai dilihat berhimpun seawal jam 8 pagi untuk melihat perbarisan disertai enam kontinjen dengan kekuatan 300 anggota termasuk dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Sekolah Menengah (SM) Seri Selayang, SM Taman Selayang, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kheow Bin Batu Caves, SJK Tamil Batu Caves dan Azmida College.

Amirudin Shari bersama Konvoi Perarakan Jalur Gemilang di Program Sambutan Hari Kemerdekaan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 31 Ogos 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Program dimeriahkan dengan perarakan konvoi Jalur Gemilang bersama Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua dengan bermotosikal dan juga kenderaan pacuan empat roda.

Tambah menarik apabila program diadakan di Padang Awam Batu Caves di sini itu diserikan dengan persembahan pentomen oleh pelajar Azmida College.


Pengarang :