Pasukan keamanan Yaman menghadiri pengebumian rakan-rakan mereka, yang terbunuh dalam dua serangan berasingan di kawasan Sheikh Othman pada awal bulan ini, di bandaraya Yaman yang dipegang kerajaan kedua, Aden pada 7 Ogos 2019. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

30 maut dalam pertempuran di bandar Aden, Yaman

MOSCOW, 10 OGOS: Sekurang-kurangnya 30 orang maut ketika bertempur dalam sebuah kem pasukan keselamatan istana presiden di bandar Aden, Yaman, lapor Al Arabiya memetik kenyataan sumber pada Sabtu, di tengah-tengah pertempuran antara puak pemisah dan tentera kerajaan di sana.

Pertempuran meletus di briged keempat pasukan keselamatan itu, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik laporan Al Arabiya.

Sumber memberitahu Al Arabiya bahawa pemisah Majlis Peralihan Selatan telah mengambil alih kawalan kem itu.

Pertempuran di Aden telah berlanjutan sejak Rabu.

-BERNAMA


Pengarang :