AGENDANASIONAL

519 terlibat aktiviti keganasan ditahan sehingga Julai

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Seramai 519 individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Julai lepas, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, mereka yang terlibat terdiri daripada warga tempatan dan warga asing, tetapi tidak menyatakan pecahannya.

“Mereka didapati terbabit dalam kegiatan yang kami anggap sebagai pengganas yang dilihat dalam konteks undang-undang kesalahan dan kesannya adalah membawa ancaman.

“Mereka ditahan di bawah tindakan kuat kuasa undang-undang sedia ada sama ada Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya pada sidang media, Seminar Antarabangsa Mengenai Nilai Keagamaan dalam Mencegah dan Menangani Ekstremisme Keganasan (PCVE) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, menerusi maklumat dan rekod PDRM, kesemua individu itu kini ada yang telah dijatuhkan hukuman dan sebahagiannya masih ditahan.

– BERNAMA


Pengarang :